Isnin, 18 Julai 2011

Mesyuarat PTAR Jalan Othman Bil.2/2011




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

PTAR Jalan Othman telah mengadakan mesyuarat pada 7 Julai 2011, bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Di pengerusi oleh Pustakawan Pn. Nur Rabita Rouzan dan ahli mesyuarat terdiri daripada tiga orang Pembantu Perpustakaan iaitu En. Mohd Paizal Usman (Pencatit Minit), En. Noorwazit Nuruddin dan juga En. Mohd Shafiq Jamaluddin.

Mesyuarat dimulakan dengan menyemak semula minit mesyuarat yang lepas iaitu Bil.1/2011 dan berbincang semula perkara-perkara yang telah dinyatakan di dalam minit tersebut.

Bagi mesyuarat Bil.2/2011, pengerusi telah memaklumkan beberapa perkara penting kepada ahli tentang apa yang telah di bincangkan pada Mesyuarat JPP yang lepas. Antara perkara tersebut adalah mengenai projek 'stock taking' yang perlu dilakukan semasa cuti semester dan PTAR Jalan Othman telah menetapkan tarikh bermulanya projek tersebut pada 11 Julai 2011. Selain itu, menerangkan kepada ahli berkaitan dengan 'Library Representative' dan pengerusi telah melantik En. Mohd Paizal Usman menjadi wakil kepada Institut Pengajian ASEAN dan Ehwal Global (INSPAG) dan En. Mohd Shafiq Jamaluddin wakil kepada Jabatan Pengajian Siswazah, FSSR. Manakala En. Noorwazit Nuruddin dipertanggungjawabkan dalam melakukan proses keratan akhbar.


Di dalam mesyuarat tersebut, turut dibincangkan tentang :
  • Jam Latihan Staf
  • Aduan Maklumbalas Pelanggan - Borang Kepuasan Hati Pelanggan
  • Keberadaan Staf
  • 'e-Board Information' - penggunaan desktop PC sebagai saluran maklumat
  • Hari Keluarga Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
  • Hari Mesra PTAR Jalan Othman
Sekian, terima kasih.


'Leadership Symposium'




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 5 Julai 2011, bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) telah berlangsungnya program 'VC Series: A Day with Leaders - Leadership Symposium' yang dianjurkan oleh ILQAM bersama HEA. Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang. Peserta yang terlibat adalah diwajibkan hadir dan mereka terdiri daripada staf yang bermula dari gred 27 ke atas. Pn. Nur Rabita Rouzan merupakan wakil dari PTAR Jalan Othman.


Program tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama bersama YBhg. Dato' Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. Manakala sesi kedua bersama YBhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar, Pendaftar UiTM.

Sekian, terima kasih.


Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Pelanggan




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,



Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Pelanggan (JPP) telah diadakan pada 4 Julai 2011 di Bilik Seminar, PTAR 1, UiTM Shah Alam. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah terdiri daripada Pustakawan Fakulti dan wakil Pustakawan dari PTAR Jalan Othman adalah Pn. Nur Rabita Rouzan. Mesyuarat tersebut telah di Pengerusi oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan iaitu Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Roslina Mohd Ali.

Antara isu yang telah dibincangkan adalah :
  •  Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
  •  Perancangan Strategik - Perspektif Pelanggan
  • Tindakan Pembetulan & Pencegahan
  • Projek 'Stock Take'
  • 'Library Representative'
Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan samada dari pengerusi mahupun ahli mesyuarat adalah mengenai Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP), Hari Keluarga Jabatan Perkhidmatan Pelanggan, 'Learning Common' dan lain-lain. Pengerusi juga memaklumkan akan diadakan lawatan penandaarasan di Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Teknologi Malaysia dimana melihat kepada 'niche area'.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi diakhiri pada pukul 1.30 tengahari.

Sekian, terima kasih.



Khamis, 7 Julai 2011

Sesi Temuduga Calon Pascasiswazah, FSSR




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 29 - 30 Jun & 1 Julai 2011, staf PTAR Jalan Othman telah menjadi sebahagian jawatankuasa kecil Jabatan Pengajian Siswazah, FSSR dalam mengendalikan sesi temuduga calon pascasiswazah bagi kemasukan September 2011. Bilik perbincangan di PTAR Jalan Othman telah menjadi tempat sesi temuduga dan seramai 167 calon yang telah dipilih untuk menghadiri sesi tersebut. Antara tugas yang diberikan adalah memastikan calon berada di tempat sesi temuduga, menunjuk arah, memanggil nama calon dan sebagainya.

Program yang terlibat dalam sesi temuduga ialah :

1. AD 771 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Art History & Culture Management)
2. AD 772 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Fine Art & Technology)
3. AD 773 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Visual Communication & New Media)
4. AD 774 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Design Technology)
5. AD 780 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Research)
6. AD 990 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (PhD)

Berikut merupakan antara gambar-gambar yang diambil sepanjang sesi berlangsung.


Sekian, terima kasih.