Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,
Untuk makluman semua pembaca, blog ini diwujudkan bagi memperkenalkan dan membawa anda ke Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya khususnya mengenai Perpustakaan Tun Abdul Razak, Jalan Othman.
Secara ringkasnya, Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Kampus UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya atau dikenali sebagai PTAR Jalan Othman terletak di Blok A, Bangunan Akademik Kampus UiTM Jalan Othman. Perpustakaan ini dikategorikan sebagai Perpustakaan Fakulti.
PTAR Jalan Othman berperanan bagi menyokong keperluan akademik dan menawarkan perkhidmatan kepada warga UiTM Kampus Jalan Othman amnya dan khususnya kepada warga Jabatan Pengajian Siswazah, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) dan Institut Pengajian ASEAN dan Ehwal Global (INSPAG).
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan