Ahad, 25 September 2011

Sekitar Hari Mesra PTAR Jalan Othman 14 September 2011

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Alhamdulillah, pada 14 September 2011 yang lalu telah berlangsungnya Program Hari Mesra PTAR Jalan Othman, Kampus UiTM Petaling Jaya. Semestinya program tersebut tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat kerjasama penuh daripada 13 pelajar Tenaga Pensyarah Muda dari Jabatan Pengajian Siswazah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka. Setinggi penghargaan diucapkan kepada pelajar-pelajar tersebut.

Di hari program, PTAR, Jalan Othman telah menyediakan 3 bentuk aktiviti khas untuk pelanggan perpustakaan. Ianya adalah 'Canvas Drawing', 'Mask Painting' dan 'Rock Painting'. Setiap penyertaan menerima pelbagai cenderahati menarik. Hasil tangan pelanggan yang mengambil bahagian, akan dipamerkan di dalam PTAR, Jalan Othman sebagai tanda penghargaan.

Gambar-gambar dibawah antara yang diambil sebelum, semasa dan selepas berlangsungnya program :

Semasa perbincangan bersama sebahagian pelajar TPM FSSR



 
Persiapan dan Persediaan


 


Sekitar Program 










Selepas Program
 


Sekian, terima kasih



 


Isnin, 18 Julai 2011

Mesyuarat PTAR Jalan Othman Bil.2/2011




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

PTAR Jalan Othman telah mengadakan mesyuarat pada 7 Julai 2011, bermula jam 2.30 petang hingga 4.00 petang. Di pengerusi oleh Pustakawan Pn. Nur Rabita Rouzan dan ahli mesyuarat terdiri daripada tiga orang Pembantu Perpustakaan iaitu En. Mohd Paizal Usman (Pencatit Minit), En. Noorwazit Nuruddin dan juga En. Mohd Shafiq Jamaluddin.

Mesyuarat dimulakan dengan menyemak semula minit mesyuarat yang lepas iaitu Bil.1/2011 dan berbincang semula perkara-perkara yang telah dinyatakan di dalam minit tersebut.

Bagi mesyuarat Bil.2/2011, pengerusi telah memaklumkan beberapa perkara penting kepada ahli tentang apa yang telah di bincangkan pada Mesyuarat JPP yang lepas. Antara perkara tersebut adalah mengenai projek 'stock taking' yang perlu dilakukan semasa cuti semester dan PTAR Jalan Othman telah menetapkan tarikh bermulanya projek tersebut pada 11 Julai 2011. Selain itu, menerangkan kepada ahli berkaitan dengan 'Library Representative' dan pengerusi telah melantik En. Mohd Paizal Usman menjadi wakil kepada Institut Pengajian ASEAN dan Ehwal Global (INSPAG) dan En. Mohd Shafiq Jamaluddin wakil kepada Jabatan Pengajian Siswazah, FSSR. Manakala En. Noorwazit Nuruddin dipertanggungjawabkan dalam melakukan proses keratan akhbar.


Di dalam mesyuarat tersebut, turut dibincangkan tentang :
  • Jam Latihan Staf
  • Aduan Maklumbalas Pelanggan - Borang Kepuasan Hati Pelanggan
  • Keberadaan Staf
  • 'e-Board Information' - penggunaan desktop PC sebagai saluran maklumat
  • Hari Keluarga Jabatan Perkhidmatan Pelanggan
  • Hari Mesra PTAR Jalan Othman
Sekian, terima kasih.


'Leadership Symposium'




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 5 Julai 2011, bertempat di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) telah berlangsungnya program 'VC Series: A Day with Leaders - Leadership Symposium' yang dianjurkan oleh ILQAM bersama HEA. Program bermula pada jam 9.00 pagi hingga 5.15 petang. Peserta yang terlibat adalah diwajibkan hadir dan mereka terdiri daripada staf yang bermula dari gred 27 ke atas. Pn. Nur Rabita Rouzan merupakan wakil dari PTAR Jalan Othman.


Program tersebut dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi pertama bersama YBhg. Dato' Prof. Ir Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, Naib Canselor UiTM. Manakala sesi kedua bersama YBhg. Dr. Hajah Zahrah Mokhtar, Pendaftar UiTM.

Sekian, terima kasih.


Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Pelanggan




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,



Mesyuarat Jabatan Perkhidmatan Pelanggan (JPP) telah diadakan pada 4 Julai 2011 di Bilik Seminar, PTAR 1, UiTM Shah Alam. Ahli mesyuarat yang terlibat adalah terdiri daripada Pustakawan Fakulti dan wakil Pustakawan dari PTAR Jalan Othman adalah Pn. Nur Rabita Rouzan. Mesyuarat tersebut telah di Pengerusi oleh Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelanggan iaitu Timbalan Ketua Pustakawan, Pn. Roslina Mohd Ali.

Antara isu yang telah dibincangkan adalah :
  •  Laporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)
  •  Perancangan Strategik - Perspektif Pelanggan
  • Tindakan Pembetulan & Pencegahan
  • Projek 'Stock Take'
  • 'Library Representative'
Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan samada dari pengerusi mahupun ahli mesyuarat adalah mengenai Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP), Hari Keluarga Jabatan Perkhidmatan Pelanggan, 'Learning Common' dan lain-lain. Pengerusi juga memaklumkan akan diadakan lawatan penandaarasan di Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Teknologi Malaysia dimana melihat kepada 'niche area'.

Mesyuarat yang bermula pada jam 8.30 pagi diakhiri pada pukul 1.30 tengahari.

Sekian, terima kasih.



Khamis, 7 Julai 2011

Sesi Temuduga Calon Pascasiswazah, FSSR




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 29 - 30 Jun & 1 Julai 2011, staf PTAR Jalan Othman telah menjadi sebahagian jawatankuasa kecil Jabatan Pengajian Siswazah, FSSR dalam mengendalikan sesi temuduga calon pascasiswazah bagi kemasukan September 2011. Bilik perbincangan di PTAR Jalan Othman telah menjadi tempat sesi temuduga dan seramai 167 calon yang telah dipilih untuk menghadiri sesi tersebut. Antara tugas yang diberikan adalah memastikan calon berada di tempat sesi temuduga, menunjuk arah, memanggil nama calon dan sebagainya.

Program yang terlibat dalam sesi temuduga ialah :

1. AD 771 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Art History & Culture Management)
2. AD 772 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Fine Art & Technology)
3. AD 773 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Visual Communication & New Media)
4. AD 774 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Design Technology)
5. AD 780 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (Research)
6. AD 990 - Sarjana Seni Lukis & Seni Reka (PhD)

Berikut merupakan antara gambar-gambar yang diambil sepanjang sesi berlangsung.


Sekian, terima kasih.

Rabu, 22 Jun 2011

Lawatan ke Petroleum Resource Center (PRC)




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 16 Jun 2011, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Pertroleum Resource Center (PRC), KLCC. Dianggarkan lebih dari 35 orang staf yang menyertai lawatan dan staf di PTAR Jln. Othman yang turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pn. Nur Rabita bt. Rouzan (Pustakawan) dan Mohd Paizal b. Usman (Pembantu Perpustakaan). Semua staf telah dikehendaki berkumpul di perhentian bas berhadapan Kolej Seroja, UiTM Shah Alam dan kami bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki sebuah bas UiTM.

Kami tiba di KLCC, pada jam 9.30 pagi dan telah disambut oleh seorang pegawai PRC dan tiga pelatih PRC. Sebelum ke PRC, kami telah dibawa ke 'sky bridge' untuk melihat permandangan di sekitar KLCC. Apabila tiba di PRC, kami semua dijamu minum pagi dan kemudian memulakan program lawatan. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil. 









Taklimat Aplikasi Psikologi & Ujian Psikologi






Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,


Unit Latihan PTAR, PERASA PTAR dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi UiTM telah mengadakan program yang berlangsung pada 20 Jun 2011 dan 22 Jun 2011di Bilik Seminar, PTAR 1, UiTM Shah Alam. Program yang dijalankan adalah berkaitan dengan psikologi dan telah melibatkan Staf Pengurusan & Profesional dan Staf Sokongan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Staf di PTAR Jln. Othman yang menghadiri program tersebut adalah Pn. Nur Rabita bt. Rouzan (Pustakawan) dan Mohd Paizal b. Usman (Pembantu Perpustakaan).

Di dalam program tersebut, staf telah diberi dua ujian iaitu 'Myers-Briggs Type Indicator' dan juga 'Inventori Personaliti SIDEK (IPS). Ujian tersebut sangat menarik dan ianya lebih menekankan tentang personaliti diri serta kerjaya.

Antara pengisian yang diberikan ialah tentang kaunseling, fungsi kaunseling dalam organisasi, peranan ketua jabatan dalam menangani staf yang bermasalah,  perkhidmatan kaunseling di UiTM dan lain-lain. Diharap program seperti ini, dapat diadakan pada masa akan datang.




Isnin, 30 Mei 2011

Mari Kenali UiTM Kampus Jalan Othman, Petaling Jaya...





Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Entri kali ini, merupakan sedikit gambaran tentang UiTM Kampus Jalan Othman bagi pembaca yang tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke Kampus Jalan Othman atau mungkin ada sudah lupa bagaimana keadaannya. Oleh yang demikian, dibawah ini disertakan beberapa kepingan gambar untuk tatapan pembaca semua. Selamat menjamu mata.