Rabu, 22 Jun 2011

Lawatan ke Petroleum Resource Center (PRC)




Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,

Pada 16 Jun 2011, Bahagian Perkhidmatan Pelanggan telah mengadakan satu lawatan penandaarasan ke Pertroleum Resource Center (PRC), KLCC. Dianggarkan lebih dari 35 orang staf yang menyertai lawatan dan staf di PTAR Jln. Othman yang turut serta dalam lawatan tersebut adalah Pn. Nur Rabita bt. Rouzan (Pustakawan) dan Mohd Paizal b. Usman (Pembantu Perpustakaan). Semua staf telah dikehendaki berkumpul di perhentian bas berhadapan Kolej Seroja, UiTM Shah Alam dan kami bertolak pada jam 8.30 pagi dengan menaiki sebuah bas UiTM.

Kami tiba di KLCC, pada jam 9.30 pagi dan telah disambut oleh seorang pegawai PRC dan tiga pelatih PRC. Sebelum ke PRC, kami telah dibawa ke 'sky bridge' untuk melihat permandangan di sekitar KLCC. Apabila tiba di PRC, kami semua dijamu minum pagi dan kemudian memulakan program lawatan. Berikut merupakan beberapa gambar yang sempat di ambil. 









Taklimat Aplikasi Psikologi & Ujian Psikologi






Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia,


Unit Latihan PTAR, PERASA PTAR dan Bahagian Perkhidmatan Psikologi UiTM telah mengadakan program yang berlangsung pada 20 Jun 2011 dan 22 Jun 2011di Bilik Seminar, PTAR 1, UiTM Shah Alam. Program yang dijalankan adalah berkaitan dengan psikologi dan telah melibatkan Staf Pengurusan & Profesional dan Staf Sokongan dari Perpustakaan Tun Abdul Razak. Staf di PTAR Jln. Othman yang menghadiri program tersebut adalah Pn. Nur Rabita bt. Rouzan (Pustakawan) dan Mohd Paizal b. Usman (Pembantu Perpustakaan).

Di dalam program tersebut, staf telah diberi dua ujian iaitu 'Myers-Briggs Type Indicator' dan juga 'Inventori Personaliti SIDEK (IPS). Ujian tersebut sangat menarik dan ianya lebih menekankan tentang personaliti diri serta kerjaya.

Antara pengisian yang diberikan ialah tentang kaunseling, fungsi kaunseling dalam organisasi, peranan ketua jabatan dalam menangani staf yang bermasalah,  perkhidmatan kaunseling di UiTM dan lain-lain. Diharap program seperti ini, dapat diadakan pada masa akan datang.